CanTik daN sIHat iTu NikMat AllaH

Tq for visiting my blog!! Blog UmmiAbiDanHannah (UADH) is a place for me to sharing my family life story with my dear hubby Naim Alfaiz Yaacob , our beautiful princess Hannah Amani and charming prince Nuh Amirun. I'm also a Shaklee Independent Distributor. Would like to sharing how to become more healthy and more pretty through this blog. Sharing is Caring. Please feel free to pm me for any inquiries!! I'll give the best for all my customers!!

Wednesday, November 7, 2012

Tips mengekalkan kulit agar lembap dan berseri


Kenapa kulit kita kering? Terutama bagi yang tinggal di negara sejuk mesti akan mengalami masalah kulit kering yang menyebabkan kita tak selesa. kalau kulit kering ni dibiarkan tanpa dirawat akan menyebabkan kulit mudah naik jerawat dan akhirnya kulit jadi kasar dan kusam.

Macam wawa ni kulit jenis combination. Bahagian T brminyak tapi bahagian lain sangatla kering. Sampai rasa gatal kalau tak jaga betul2. Wawa biasanya akan pakai losyen kat badan setiap kali lepas mandi dan akan pakai losyen tangan setiap kali basuh tangan sebab kulit cepat sangat kering. So kat office,dalam keta, dalam handbag dah ready extra losyen:)

Sebenarnya ada 2 faktor yang menyebabkan kulit kering ni iaitu Faktor Luaran dan Faktor Dalaman

Faktor luaran dan tips untuk mengatasinya.
1. Cuaca yang sejuk dan udara yang kering. Udara kering akan menyebabkan kelembapan kulit kita berkurangan. So kalau nak keluar pakai baju tebal kulit kita terlindung dari cuaca sejuk dan udara yang kering.
2. Udara panas dari pemanas dalam rumah dan kereta.  Cuba turunkan suhu pemanas dan tingkatkan suhu badan dengan memakai baju tebal. Juga pastikan anda sediakan alat pelembap (humidifier) agar kelembapan dalam bilik dapat dikekalkan. Or kalau di negara musim panas, udara sejuk dari aircond juga boleh menyebabkan kulit kering. Tinggikan suhu aircond dan sediakan humidifier. Kalau takde humidifier kita boleh letak air dalam cawan, gelas atau apa2 bekas dan letaklah di dalam bilik. 
3. Mandi dan berendam terlalu lama dalam air panas. Ini boleh menyebabkan minyak semulajadi yang melembapkan kulit kita hilang. Mandi dengan air suam dalam beberapa minit sudah memadai untuk menghilangkan kekotoran di badan kita.Lainla kalau kita berkubang dalam parit ke memang kena sabun lebih sket:p

4. Sabun yang terlalu banyak buih boleh menyebabkan kulit menjadi kering. 
Biasa ada 2 jenis sabun mandi.
       1. after bilas rasa kulit bersih
       2. after bilas kulit still rasa berminyak
Yang no. 1 tu menyebabkan kulit bertambah cepat kering kerana segala lapisan minyak semulajadi kat kulit kita semua hilang setelah bilas.
So, sebaik2nya guna sabun yg tiada pewangi (fragrance free soap) dan jenis mild. Begitu juga untuk sabun basuh baju. Kiranya kalau yang wangi2 macam downy tu tak berapa elok.. sebab ada bahan kimia yang boleh mengeringkan kulit kita.

Yang penting kita kena kekalkan kelembapan kulit. Lepas mandi, cuci muka, basuh tangan, amek air sembahyang JANGAN LUPA PAKAI LOSYEN. Untuk muka pakai la toner dan pelembap muka. AMALKAN 3 MINUTES RULE iaitu sapu losyen dan pelembap muka tu dalam masa 3 minit selepas mandi tau. Barulah kelembapan dapat dikekalkan. InsyaAllah.

Esok kita sambung part 2 plak untuk faktor dalaman ye..nite semua n Assalamualaikum!!




No comments:

Post a Comment