CanTik daN sIHat iTu NikMat AllaH

Tq for visiting my blog!! Blog UmmiAbiDanHannah (UADH) is a place for me to sharing my family life story with my dear hubby Naim Alfaiz Yaacob , our beautiful princess Hannah Amani and charming prince Nuh Amirun. I'm also a Shaklee Independent Distributor. Would like to sharing how to become more healthy and more pretty through this blog. Sharing is Caring. Please feel free to pm me for any inquiries!! I'll give the best for all my customers!!

Thursday, February 7, 2013

DHA as Brain Booster

sumber : dunianutrisi.blogspot.jp

Apa itu FISH OIL?

Fish oil, atau minyak ikan dihasilkan daripada sel-sel tisu ikan, dan mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi. Antara ikan yang diketahui mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi termasuk ikan tuna, mackarel, salmon dan sardin. Kandungan omega-3 didalam minyak ikan berbeza untuk setiap jenis ikan dan minyak ikan daripada ikan herring dan ikan sardin mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi, iaitu sebanyak lebih kurang 30%. Sebenarnya, bukan minyak ikan yang bermanfaat untuk kesihatan TETAPI OMEGA-3 yang terkandung didalam minyak ikan tersebut.

Masalah utama dengan minyak ikan ialah pencemaran dengan bahan-bahan kimia berbahaya seperti merkuri, plumbum dan PCB. Lebih besar saiz ikan, lebih banyak mendapan bahan kimia berbahaya didalam ikan tersebut.

Khasiat OMEGA-3 sebagai BRAIN BOOSTER (PENGGALAK KUASA MINDA)

Walaupun ramai ibu-ibu yang sedar pentingnya omega-3 untuk perkembangan minda yang baik, ramai yang tidak mengetahui BAGAIMANA omega-3 membantu didalam perkembangan minda.

Tahukah anda otak sebenarnya terdiri daripada lemak baik dan majoriti daripada lemak baik ini adalah OMEGA-3? Omega 3 membantu meningkatkan kebolehan pembelejaran, kebolehan menyelesaikan masalah, meningkatkan fokus dan daya ingatan serta menggalakkan hubungan antara sel-sel otak. Omega-3 juga dapat membantu mewujudkan emosi positif dan seimbang serta dapat meningkatkan kesihatan mental seseorang. Omega 3 mengandungi DHA dan EPA yang terbukti baik untuk meningkatkan fungsi otak.

Bagaimana Omega-3 membantu fungsi otak?

Otak manusia mengandungi sel neuron yang penting untuk menghantar isyarat / agen penghubung antara sel-sel otak dan sistem dalam badan manusia. Sel neuron sebenarnya diselaputi oleh sel membran yang membantu dalam proses penghantaran isyarat. Sel membran perlu fleksibel bagi memastikan sistem penghantaran maklumat yang optimun, Bagaimanapun, diet harian yang tinggi kolesterol, dan kurang dalam pengambilan Omega-3 menyebabkan sel membran tadi mengeras dan menyukarkan proses penghantaran maklumat. Ini menyebabkan sel-sel otak tidak dapat berhubung dengan optima, seterusnya menyebabkan masalah seperti nyanyuk, cepat lupa, moody dan sebagainya.

Omega-3 dan kemurungan

Omega 3 membantu mengatasi kemurungan dengan meningkatkan sel penerima serotonin dan meningkatkan paras dopamine didalam otak. Dopamine merupakan hormon yang membantu manusia untuk kekal ceria, cergas dan bersemangat.

Khasiat Omega-3 yang pelbagai

Walaupun Omega-3 sering dikaitkan dengan kesihatan minda, sebenarnya ada seribu satu lagi khasiat Omega-3 yang kurang diketahui umum. Antaranya:

1. Omega-3 menyokong kesihatan jantung dengan mengurangkan inflamasi jantung yang merupakan salah satu penyebab utama sakit jantung
2. Omega-3 membantu individu dengan autoimmune disorder seperti rheumatoid arthritis, Crohn disease, psoriasis, colitis dan sebagainya,
3. Omega-3 membantu mengurangkan risiko barah payudara, barah usus dan barah prostate kerana omega-3 juga mempunyai sifat anti-oksida
4. Omega-3 membantu mengurangkan risiko pre-eclepsia semasa mengandung. selain meningkatkan fungsi otak bayi sejak dari alam janin lagi


No comments:

Post a Comment