CanTik daN sIHat iTu NikMat AllaH

Tq for visiting my blog!! Blog UmmiAbiDanHannah (UADH) is a place for me to sharing my family life story with my dear hubby Naim Alfaiz Yaacob , our beautiful princess Hannah Amani and charming prince Nuh Amirun. I'm also a Shaklee Independent Distributor. Would like to sharing how to become more healthy and more pretty through this blog. Sharing is Caring. Please feel free to pm me for any inquiries!! I'll give the best for all my customers!!

Saturday, February 16, 2013

Pemakanan Yang Baik untuk 'Si Dia' dan Saya

Lately ni orang sekeliling sumer preggy.. Baby boom pulak..Tapi kalau dengar saudara mara dan rakan2 preggy memang gembira kan..Yelah bertambah khalifah Allah dan umat Nabi Muhammad SAW. And baby memang comell dan buat kita happy..rasa nak gomol2 je..Huhu..teringat plak saat mengandungkan cik Hannah.. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan (。♥‿♥。)

Bila kita story pasal preggy ni benda yang selalu orang tua2 pesan, JAGA PEMAKANAN.
Sebab bila kita dah disahkan pregnant kita bukan makan untuk perut kita je..Apa2 pun yang kena utamakan ialah si kecik dalam perut kita tu..So tak bolehla nak ikut tekak kita je kan..Yelah si kecik tu kan bukannya boleh pilih sendiri nak makan ape..Dia akan dapat khasiat dari apa yang kita telan.

Selanjutnya jom baca kat bawah ni..

Pemakanan anda sebelum dan sewaktu kehamilan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesihatan bayi kerana makanan yang anda ambil akan membekalkan nutrien yang mencukupi untuk bayi dan anda. Jadi pemakanan yang baik adalah perlu bagi perkembangan bayi yang sihat dan dalam mengekalkan kesihatan anda sendiri. "Makan dengan sempurna" tidak bermakna "Semakin banyak anda makan, semakin sihat anda menjadi". Ini kerana kualiti makanan yang anda pilih adalah sama penting sepertimana kuantiti makanan yang anda ambil.

Apabila tempoh kehamilan semakin meningkat, selera makan anda juga mungkin akan bertambah, kerana ini adalah cara alam untuk memastikan anda mengambil makanan yang mencukupi untuk anda dan bayi anda. Namun, ini tidak bermakna anda patut makan dua kali ganda jumlah makanan yang biasa anda ambil. Tenaga harian tambahan yang diperlukan adalah lebih kurang 10 - 15% dari pengambilan tenaga biasa anda, iaitu lebih kurang 300 kalori atau lebih, terutamanya sewaktu trimester ke-2 dan ke-3. Ini dapat dicapai dengan mudah dengan pengambilan 2 gelas susu sehari.


Pemakanan yang Baik Membantu


  • Memberi anda simpanan khasiat yang lebih baik untuk menghadapi dan sembuh dari tekanan kehamilan.
  • Mengurangkan risiko anemia* dan pre-eklampsia** yang biasa dihidapi oleh ibu-ibu yang makan secara tidak sihat.
  • Mengelak dan mengurangkan kesan alahan pada waktu pagi dan kejang kaki.
  • Mengurangkan perubahan perasaan.
  • Mengurangkan keletihan.
  • Memperbaiki kesan kehamilan.
  • Meningkatkan keseluruhan kesihatan anda.
  • Meningkatkan kesihatan bayi anda.
*   anemia - keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah, hemoglobin atau keseluruhan isipadu. Simptom-simptom klasik adalah pucat, kepenatan, tercungap-cungap dan berdebar-debar.
** pre-eklampsia - keadaan serius yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi, pengumpulan cecair di dalam badan, bengkak dan kehadiran protein di dalam air kencing yang boleh berlaku sewaktu trimester ke-2. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, penyakit ini akan menyebabkan pesakit koma dan mendapat serangan sawan yang boleh membawa maut.

Credit to Master Iffah

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya di ummiabidanhannah@hotmail.com atau fb @ Nur Hazwani Khusaini

No comments:

Post a Comment