CanTik daN sIHat iTu NikMat AllaH

Tq for visiting my blog!! Blog UmmiAbiDanHannah (UADH) is a place for me to sharing my family life story with my dear hubby Naim Alfaiz Yaacob , our beautiful princess Hannah Amani and charming prince Nuh Amirun. I'm also a Shaklee Independent Distributor. Would like to sharing how to become more healthy and more pretty through this blog. Sharing is Caring. Please feel free to pm me for any inquiries!! I'll give the best for all my customers!!

Wednesday, September 4, 2013

Penyakit Jantung lebih menyerang wanita berbanding lelaki??

Penyakit Kardiovaskular merupakan pembunuh nombor 1 bukan sahaja di Malaysia tapi Di DUNIA dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca dari kanser, menurut keyataan yang dilkeluarkan oleh pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dnia, sejumlah 37 peratus kematian diMalaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzim Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada sumber suplemen kesihatan yang amat penting untk kesihatan jantung kita.
 

Penyakit Jantung Koronari (CHD) untuk wanita

Punca2nya:


  • Usia - Risiko sakit jantung tinggi selepas menopaus.
  • Kolesterol berlebihan
  • Hipertensi
  • Merokok
  • Gaya hidup tertekan di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan. Ukuran pinggang melebihi 80cm tingkat risiko sakit jantung
  • Kurang bersenam
  • Kencing manis atau diabetis
  • Sejarah keluarga

Gejala - Antara gejala kerap berlaku termasuk:

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar

Diagnosis - Kaedah diagnosis CHD adalah:

  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Ujian Treadmill - ujian mengenal kehadiran mycardial ischemia.
  • Echocardiography
  • Imbasan Perfusion Myocardial
  • Tomografi Berkomputer (CT)
  • Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)
  • Pengkateteran jantung dan Angiogram Koronari - Ujian ini memerlukanpenyisipan katerer melalui arteri kaki atau pergelangan tangan dan suntikan pencelup yang di X-ray ke dalam arteri koronari, untuk menggambarkan dan mengesahkan darjah penutupan saluran darah.

Rawatan - Kaedah rawatan dilakukan berdasarkan tahap teruk pesakit apabila didiagnosis sama ada pengambilan ubat atau pembedahan.

  • Rawatan Ubat- Pada peringkat awal, pesakit biasanya diletakkan di bawah rawatan perubatan menggunakan aspirin atau GTN untuk melegakan gejala.
  • Angioplasti Koronari - Dikenali sebagai intervensi koronari perkutaneus (PCI), suatu jenis rawatan pengembangan bagi arteri koronari yang mengecil atau tersumbat, berbanding dengan pembedahan. Biasanya jika doktor mengesahkan bahawa 70 peratus atau lebih daripada arteri pesakit mengecil atau tersumbat, PCI disyorkan.
  • Graf pintas Arteri Koronari (CABG) - dikenali sebagai pembedahanpintas, ia menggunakan pembuluh anggota atas atau bawah seperti safenus dan arteri internal atau arteri radial di pergelangan tangan sebagai alur untuk mengraf aorta distral kepada arteri koronari untuk memintas penyempitan aterosklerotik untuk meningkatkan bekalan darah kepada otot jantung dan selepas itu melegakan angina pektoris dan mengurangkan insiden restenosis.

Mitos Atau fakta?

  • Mitos - Penyakit jantung kronari penyakit lelaki dan bukan wanita.
  • Fakta - Wanita menopaus mempunyai risiko tinggi menghidap sakit jantung kerana tida hormon estrogen yang melindungi mereka.
  • Mitos - Pembunuh utama wanita berkaitan kanser seperti kanser pangkal rahim, kanser payu dara, kanser ovari dan kanser rahim.
  • Fakta - Kajian mendapati, penyakit jantung koronari membunuh wanita dua kali ganda lebih tinggi berbanding penyakit-penyakit kanser.
  • Mitos - Tahap kolesterol normal, jadi risiko menghidap penyakit jantung rendah.
  • Fakta - Tanggapan ini tidak benar. Kebanyakan individu mendapat serangan penyakit jantung ini mempunyai tahap kolesterol normal, hanya 30 peratus daripada mereka mempunyai tahap kolesterol tinggi.
  • Mitos - Tidak merokok, tidak meminum minuman keras, sentiasa melakukan senaman, tidak menghidap diabetes atau mempunyai hapertensi, jadi saya tidak akan mendapat penyakit jantung.
  • Fakta - Kajian mendapati, 30 peratus pesakit mendapat serangan sakit jantung tidak mempunyai faktor risiko. Pada masa ini pakar perubatan masih tidak memahami gejala pembentukkan dan pengembangan penyakit jantung secara terperinci. Justeru samaada anda mempunyai faktor risiko atau tidak, anda sebenarnya mempunyai risiko mendapat penyakit jantung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai faktor risiko, peluang untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi. Justeru selalu amalkan gaya hidup sihat dan ketahui keadaan tekanan darah anda.
  • Mitos - Serangan jantung adalah disebabkan penyumbatan saluran arteri koronari.
  • Fakta - Dua pertiga daripada serangan jantung yang berlaku berpunca daripada pecahnya salut darah yang mempunyai kadar penyumbatan plak kolesterol kurang daripada 50 peratus. Pesakit yang mempunyai tahap penyempitan yang melebihi 70 peratus biasanya mempunyai tanda-tanda penyakit jantung.
Sumber Berita Harian

So, jom amalkan sebiji CoQHealth Plus setiap hari untuk kesihatan jantung kita..
Apa sangat nak dibandingkan 
harga CoQHealth Plus dengan harga jantung kan?
Plus promotion yang berlangsung untuk september sahaja lagilah untung!!!
jom grab banyak2 or share ramai2...





                                                                       Shaklee id : 893884

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

No comments:

Post a Comment