CanTik daN sIHat iTu NikMat AllaH

Tq for visiting my blog!! Blog UmmiAbiDanHannah (UADH) is a place for me to sharing my family life story with my dear hubby Naim Alfaiz Yaacob , our beautiful princess Hannah Amani and charming prince Nuh Amirun. I'm also a Shaklee Independent Distributor. Would like to sharing how to become more healthy and more pretty through this blog. Sharing is Caring. Please feel free to pm me for any inquiries!! I'll give the best for all my customers!!

Friday, September 6, 2013

Penyakit Koronari Jantung @ Kardiovaskular

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah Jumaat..
Hari ini wawa nak share mengenai penyakit yang merupakan pembunuh dalam diam no.1 di dunia.

Penyakit yang bersangkutan dengan perihal jantung dikenali sebagai penyakit ´kardiovaskular´ yang telah mengakibatkan punca utama kesakitan dan kematian rakyat Malaysia. Statistik menunjukkan pada tahun 1988, kira-kira 29.4% daripada angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.



Antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular di Malaysia bertambah dari 15.3 % bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 % bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 34 % dalam masa 24 tahun. Tetapi mungkin pertambahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kemungkinan timbulnya kesedaran mendalam di kalangan penduduk Malaysia jadi mereka lebih kerap memeriksa kesihatan langsung mencatatkan lebih banyak kes baru berbanding masa yang lalu.

Jantung merupakan satu organ yang penting dalam badan kita dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibatkan penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung.

Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah ´arthrosklerosis´. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati sambil terus menjadi biru kehitaman.

Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu dinasihatkan agar mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan gagal untuk diberikan rawatan lebih awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah seperti sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luar biasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

BAGAIMANA TERJADINYA SAKIT JANTUNG

Angina (sakit dada apabila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis yang menyebabkan saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang. Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen.

Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk pernafasan.

Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

FAKTOR YANG MENINGKATKAN KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
Jika anda merokok.
Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
Jika anda kurang bersenam.
Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG.

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.

Cara yang terbaik ialah, sekiranya anda mengelak atau berhenti merokok terutama ketika umur telah melebihi 35 tahun selain perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan agar tidak terlibat dengan penyakit lain seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda supaya jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.

Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih (white meat) seperti daging ayam, ikan, serta mengelak dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap oleh badan, dengan itu, ia akan dapat mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang juga mampu menyerap kolesterol.

So kalau anda tak suka ikan dan ayam tak perlu pening2 kepala k..Another option yang lebih mudah, ambillah CoQ Health Plus sebiji sehari untuk kesihatan jantung anda..

credit

So, anda yg berminat nak cuba bole contact wawa k..

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

No comments:

Post a Comment