CanTik daN sIHat iTu NikMat AllaH

Tq for visiting my blog!! Blog UmmiAbiDanHannah (UADH) is a place for me to sharing my family life story with my dear hubby Naim Alfaiz Yaacob , our beautiful princess Hannah Amani and charming prince Nuh Amirun. I'm also a Shaklee Independent Distributor. Would like to sharing how to become more healthy and more pretty through this blog. Sharing is Caring. Please feel free to pm me for any inquiries!! I'll give the best for all my customers!!

Friday, September 6, 2013

Penyakit Koronari Jantung @ Kardiovaskular

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah Jumaat..
Hari ini wawa nak share mengenai penyakit yang merupakan pembunuh dalam diam no.1 di dunia.

Penyakit yang bersangkutan dengan perihal jantung dikenali sebagai penyakit ´kardiovaskular´ yang telah mengakibatkan punca utama kesakitan dan kematian rakyat Malaysia. Statistik menunjukkan pada tahun 1988, kira-kira 29.4% daripada angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.



Antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovaskular di Malaysia bertambah dari 15.3 % bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 % bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 34 % dalam masa 24 tahun. Tetapi mungkin pertambahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kemungkinan timbulnya kesedaran mendalam di kalangan penduduk Malaysia jadi mereka lebih kerap memeriksa kesihatan langsung mencatatkan lebih banyak kes baru berbanding masa yang lalu.

Jantung merupakan satu organ yang penting dalam badan kita dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibatkan penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung.

Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah ´arthrosklerosis´. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati sambil terus menjadi biru kehitaman.

Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu dinasihatkan agar mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan gagal untuk diberikan rawatan lebih awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah seperti sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luar biasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

BAGAIMANA TERJADINYA SAKIT JANTUNG

Angina (sakit dada apabila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis yang menyebabkan saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang. Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen.

Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk pernafasan.

Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

FAKTOR YANG MENINGKATKAN KEMUNGKINAN MENGHADAPI PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
Jika anda merokok.
Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
Jika anda kurang bersenam.
Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG.

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.

Cara yang terbaik ialah, sekiranya anda mengelak atau berhenti merokok terutama ketika umur telah melebihi 35 tahun selain perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan agar tidak terlibat dengan penyakit lain seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda supaya jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.

Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih (white meat) seperti daging ayam, ikan, serta mengelak dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap oleh badan, dengan itu, ia akan dapat mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang juga mampu menyerap kolesterol.

So kalau anda tak suka ikan dan ayam tak perlu pening2 kepala k..Another option yang lebih mudah, ambillah CoQ Health Plus sebiji sehari untuk kesihatan jantung anda..

credit

So, anda yg berminat nak cuba bole contact wawa k..

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

Thursday, September 5, 2013

Kenapa kita perlukan CoQ10??

Salam semua!!! Kejap jer dah Khamis kan??!
Esok dah Jumaat..Wawa suka sangat hari Jumaat..
Sebab wawa dilahirkan pada hari Jumaat..
Dan lepas hari Jumaat kan hari minggu..
Hari untuk bersama orang2 tersayang dari pagi sampai malam..
So hari yang paling bersemangat bagi wawa adalah hari Jumaat..hihi..

So hari ni wawa nak share mengenai hot item bulan ni..
pasal CoQ10 lagi..

Ramai yang masih tertanya2 kenapa badan kita perlukan CoQ10??!

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui disetiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun ia lebih banyak ditemui di dakam organ-organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadian CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi untuk membekalkan aliran tenaga yang berterusan, Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.
 

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyoong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah keseluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/nrmal.
Selain itu, CoQ10 jua bertindak sebagai satu antioksidan yang kuat dan membantu malindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah LDL dan memudahkan pengaliran darah. Ini pentng dalam memantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q1 yang kita perlukan?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari.

Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkanCoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya meghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi diusia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 didalam tubuh pada usia 20.


Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 didalam tubuh. Justeru pengambilan suplemen boleh menbantu untu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh kita ini.

So, anda yg berminat nak cuba bole contact wawa k..

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

Wednesday, September 4, 2013

Penyakit Jantung lebih menyerang wanita berbanding lelaki??

Penyakit Kardiovaskular merupakan pembunuh nombor 1 bukan sahaja di Malaysia tapi Di DUNIA dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca dari kanser, menurut keyataan yang dilkeluarkan oleh pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dnia, sejumlah 37 peratus kematian diMalaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzim Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada sumber suplemen kesihatan yang amat penting untk kesihatan jantung kita.
 

Penyakit Jantung Koronari (CHD) untuk wanita

Punca2nya:


  • Usia - Risiko sakit jantung tinggi selepas menopaus.
  • Kolesterol berlebihan
  • Hipertensi
  • Merokok
  • Gaya hidup tertekan di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan. Ukuran pinggang melebihi 80cm tingkat risiko sakit jantung
  • Kurang bersenam
  • Kencing manis atau diabetis
  • Sejarah keluarga

Gejala - Antara gejala kerap berlaku termasuk:

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar

Diagnosis - Kaedah diagnosis CHD adalah:

  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Ujian Treadmill - ujian mengenal kehadiran mycardial ischemia.
  • Echocardiography
  • Imbasan Perfusion Myocardial
  • Tomografi Berkomputer (CT)
  • Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)
  • Pengkateteran jantung dan Angiogram Koronari - Ujian ini memerlukanpenyisipan katerer melalui arteri kaki atau pergelangan tangan dan suntikan pencelup yang di X-ray ke dalam arteri koronari, untuk menggambarkan dan mengesahkan darjah penutupan saluran darah.

Rawatan - Kaedah rawatan dilakukan berdasarkan tahap teruk pesakit apabila didiagnosis sama ada pengambilan ubat atau pembedahan.

  • Rawatan Ubat- Pada peringkat awal, pesakit biasanya diletakkan di bawah rawatan perubatan menggunakan aspirin atau GTN untuk melegakan gejala.
  • Angioplasti Koronari - Dikenali sebagai intervensi koronari perkutaneus (PCI), suatu jenis rawatan pengembangan bagi arteri koronari yang mengecil atau tersumbat, berbanding dengan pembedahan. Biasanya jika doktor mengesahkan bahawa 70 peratus atau lebih daripada arteri pesakit mengecil atau tersumbat, PCI disyorkan.
  • Graf pintas Arteri Koronari (CABG) - dikenali sebagai pembedahanpintas, ia menggunakan pembuluh anggota atas atau bawah seperti safenus dan arteri internal atau arteri radial di pergelangan tangan sebagai alur untuk mengraf aorta distral kepada arteri koronari untuk memintas penyempitan aterosklerotik untuk meningkatkan bekalan darah kepada otot jantung dan selepas itu melegakan angina pektoris dan mengurangkan insiden restenosis.

Mitos Atau fakta?

  • Mitos - Penyakit jantung kronari penyakit lelaki dan bukan wanita.
  • Fakta - Wanita menopaus mempunyai risiko tinggi menghidap sakit jantung kerana tida hormon estrogen yang melindungi mereka.
  • Mitos - Pembunuh utama wanita berkaitan kanser seperti kanser pangkal rahim, kanser payu dara, kanser ovari dan kanser rahim.
  • Fakta - Kajian mendapati, penyakit jantung koronari membunuh wanita dua kali ganda lebih tinggi berbanding penyakit-penyakit kanser.
  • Mitos - Tahap kolesterol normal, jadi risiko menghidap penyakit jantung rendah.
  • Fakta - Tanggapan ini tidak benar. Kebanyakan individu mendapat serangan penyakit jantung ini mempunyai tahap kolesterol normal, hanya 30 peratus daripada mereka mempunyai tahap kolesterol tinggi.
  • Mitos - Tidak merokok, tidak meminum minuman keras, sentiasa melakukan senaman, tidak menghidap diabetes atau mempunyai hapertensi, jadi saya tidak akan mendapat penyakit jantung.
  • Fakta - Kajian mendapati, 30 peratus pesakit mendapat serangan sakit jantung tidak mempunyai faktor risiko. Pada masa ini pakar perubatan masih tidak memahami gejala pembentukkan dan pengembangan penyakit jantung secara terperinci. Justeru samaada anda mempunyai faktor risiko atau tidak, anda sebenarnya mempunyai risiko mendapat penyakit jantung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai faktor risiko, peluang untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi. Justeru selalu amalkan gaya hidup sihat dan ketahui keadaan tekanan darah anda.
  • Mitos - Serangan jantung adalah disebabkan penyumbatan saluran arteri koronari.
  • Fakta - Dua pertiga daripada serangan jantung yang berlaku berpunca daripada pecahnya salut darah yang mempunyai kadar penyumbatan plak kolesterol kurang daripada 50 peratus. Pesakit yang mempunyai tahap penyempitan yang melebihi 70 peratus biasanya mempunyai tanda-tanda penyakit jantung.
Sumber Berita Harian

So, jom amalkan sebiji CoQHealth Plus setiap hari untuk kesihatan jantung kita..
Apa sangat nak dibandingkan 
harga CoQHealth Plus dengan harga jantung kan?
Plus promotion yang berlangsung untuk september sahaja lagilah untung!!!
jom grab banyak2 or share ramai2...





                                                                       Shaklee id : 893884

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

Tuesday, September 3, 2013

CoQHealth Plus

Assalamualaikum n Happy Lunch Hour!!!
Alhamdulillah lagi half day dan boleh jumpe my baby girl..Rindu sgt2..
Baru 14 bulan tapi bijak dan banyak akal..

Semalam, wawa ada post pasal CoQ10..Hari ini wawa nak share pasal apa kelebihan CoQ10 shaklee atau lebih dikenali dengan CoQHealth Plus...

CoQHealth Plus
CoQHealth Plus mengandugi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan didalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah di tunjukkan dapat:


  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 didalam darah
Dos Pengambilan : 1 kapsul selepas makan.

Perbezaan Shaklee
  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 didalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi oQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium ( lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung )
  • CoQ10 berasal dari sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakansatu-satunya CoQ10semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketesediaan CoQ10 nya
  • Tanpa Gluten


    So, anda yg berminat nak cuba bole contact wawa k..

    facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
    email : ummiabidanhannah@hotmail.com
    hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
    hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                      hazwani@i.softbank.jp


Monday, September 2, 2013

produk baru shaklee CoQ Health Plus


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Hihi..masih tak terlambat kan nak wish raya..
Alhamdulillah tahun ni wawa sekeluarga berpeluang menyambut aidilfitri di Malaysia..
walaupun kami tak sempat bersolat raya sebab flight dari Japan pagi raya..

So kembali pada tajuk post kali ini,
wawa nak share tentang produk yang baru di lancarkan pada 8 Jun 2013..
Baru 3 bulan produk ni bertapak di Malaysia but di US dah lama dah..


Apakah Fungsi Co-Q10??

Co-Q10 memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran tenaga di dalam sel-sel badan. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang larut lemak.

Peranan yang paling penting bagi Co-Q10:


Untuk kesihatan jantung

- Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk aterosklerosis (arteri tersumbat).
- Mengurangkan kekerapan  "angina episode" dan menguatkan otot jantung.
- Meningkatkan kualiti hidup dan kemandirian untuk orang-orang yang menghadapi kegagalan jantung kongestif.
- Tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi.


Untuk kanser
Doktor telah menggunakan Co-Q10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi.

Bagi diabetes
Co-Q10 boleh meningkatkan insulin berita pengeluaran-baik untuk pesakit kencing manis

Untuk kesihatan pergigian
Co-Q10 juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat gejala distrofi otot dan penyakit gusi:

Untuk kesihatan mental
Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit dengan penyakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada Co-Q10 tambahan.

Untuk penurunan berat badan
Kegemukan juga boleh dikaitkan dengan kekurangan Co-Q10. Kajian menunjukkan bahawa suplemen Co-Q 10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa Co-Q10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik.

Untuk kesuburan
Dalam kajian yang melibatkan lelaki subur, Co-Q10 telah dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma, motilitas sperma lebih baik dan kadar yang mengalakkan kadar kesuburan yang lebih baik

Untuk pengguna statin (kolesterol dadah) 
Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.

Gejala kekurangan CoQ 10

Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut: riboflavin (B2), niacinamide (B3), asid Pantothenic (B5), pyridoxine (B6), cobalamin (B12), asid folik, vitamin C, dan banyak unsur-unsur surih yang lain. Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks koenzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis koenzim Q10.

Tanda-tanda kekurangan koenzim Q10 termasuk:

- Kegagalan jantung kongestif
- Tekanan darah tinggi
- Angina
- Prolaps injap mitral
- Strok
- Jantung aritmia, - cardiomyopathies
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.

Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10  memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.

Kasihi jantung anda dengan CoQ Health Plus Shaklee, hari ini.

credit

Berminat nak cuba???  contact wawa k..

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

Saturday, July 13, 2013

Shaklee Family Wellness - Supplement seisi keluarga

Assalamualaikum... Kali ni wawa nak share supplement untuk seisi keluarga..

Set Shaklee Family Wellness...

Set Shaklee Family Wellness ini memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Apa yang terkandung dalam set ini?

1) Vitalea (with iron formula)
Merupakan multivitamin yang dilengkapi dengan 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh. Mereka yang mengalami tekanan darah rendah akibat kekurangan zat besi adalah digalakkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari untuk mengatasi masalah ini.

2) Vitamin C
Berfungsi memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Bertindak sebagai antioksidan yang penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan. Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta meningkatkan sistem imun tubuh. Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet. Mengandungi rasa oren semulajadi yang sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Yang penting ianya tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg.
Seperti yang semua tahu Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda.

3) B Complex
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan badan. Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh. Disebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

4) Energizing Soy Protein (ESP)
Membekalkan 14gram non-GMO protein berkualiti tinggi (dalam setiap hidangan) yangmengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh dan separuh daripada jumlah keperluan kalsium harian, serta membantu membina dan perbaiki tisu badan yang rosak.

Kebaikan
1) Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2) Membantu anda merasa lebih bertenaga
3) Menguatkan sistem imun anda
4) Membekalkan khasiat untuk kulit rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Pastinya kita inginkan yang terbaik buat keluarga. Tiada apa yang lebih berharga selain dari melihat orang2 tersayang sentiasa sihat, ceria dan bertenaga.


So, anda yg berminat nak cuba bole contact wawa k..

facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072 whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp

Salam Ramadhan - Mighty 3 Gems Set

Salam Ramadhan semua.
Harap wawa belum terlambat untuk wish semua..
So macam mana dengan Ramadhan tahun ni..
Semoga ibadah kita lebih baik dari sebelum ni.

Untuk family wawa pula, tahun ni tahun ke 2 kami berpuasa 3 beranak.
Di Japan tahun ni kami berpuasa selama 16.5 jam sebab di musim panas siang lebih panjang.
Di tambah dengan cuaca yg panas terik memang mencabar rasanya.
Plus wawa still bf baby..So wawa berdoa agar susu badan tak kering..

Sebagai persediaan menghadapi Ramadhan tahun ni, wawa dah ready stock Mighty 3 Gems Set,
So kami sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang waktu berpuasa dan sewaktu mengerjakan ibadah2 lain di malam hari.

Jom baca apa kelebihan pada set ni..


Energizing Soy Protein (ESP) : 

  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang. 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Meal Shakes : 

  • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

*** Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?

  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
  • Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.


Performance drink :

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
  • Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
  • Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

And wawa juga nk share testimoni pengguna yang dah mencuba set ni di bulan puasa..





credit

Sila contact wawa untuk konsultasi secara percuma. insyaAllah wawa akan membantu anda..






facebook : http://www.facebook.com/nur.h.khusaini
email : ummiabidanhannah@hotmail.com
hp (softbank) : 090-2039-7072whatsapp : 008190-2039-7072
hp email : flowerkissgurl@i.softbank.jp
                  hazwani@i.softbank.jp